Liputan media sosial lonjak kejayaan edisi pertama ‘Rasa Sandakan Food Trail’

SANDAKAN – Edisi sulung Rasa Sandakan Food Trail mencatatkan kejayaan ketara apabila menerima liputan meluas di pelbagai platform media sosial, sekali gus menjadikannya antara program jelajah makanan yang paling mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong.

Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo Chee Kim berkata, impak media sosial memainkan peranan besar dalam menonjolkan keunikan kulinari bandar itu.

“Sepanjang tempoh penganjuran, akaun rasmi Rasa Sandakan di Facebook, Instagram dan Xiaohongshu merekodkan lebih 550,000 tontonan, melepasi sasaran asal penganjur.

“Keterlihatan program tersebut turut diperkukuh melalui kerjasama pertama STAN dengan pempengaruh popular Sabah, Miao in Sabah, yang menghasilkan kandungan khas mengenai hidangan ikonik Sandakan.

“Video yang dimuat naik di Facebook menerima 170,000 tontonan dan lebih 2,500 tanda suka, manakala hantaran di Xiaohongshu pula meraih lebih 3,500 tontonan,” katanya menerusi kenyataan media pada Rabu.

Menurut Teo, gelombang capaian media sosial ini membantu memperkenalkan program itu secara lebih meluas, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat.

“Lebih 60 peserta berjaya menamatkan cabaran jelajah melibatkan sekurang-kurangnya 12 lokasi sebelum menerima cenderamata edisi terhad daripada penganjur.

“Sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, rakan-rakan industri serta 60 premis makanan dan minuman tempatan turut menyumbang kepada kejayaan keseluruhan acara,” tambahnya.

Beliau menjangkakan momentum liputan digital ini akan terus memperkukuh promosi makanan tempatan dan menjadikan pengalaman kulinari sebagai antara pemacu pertumbuhan pelancongan Sandakan pada masa hadapan.

Dengan sambutan yang memberangsangkan, penganjur kini dalam perancangan untuk menganjurkan edisi kedua tahun depan.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta