Liputan 5G Sidang Kemuncak ASEAN jadi penanda aras, perkukuh keselamatan siber

PUTRAJAYA – Pelaksanaan 5G sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang sedang berlangsung di ibu negara mampu dijadikan penanda aras dalam memastikan liputan internet berkelajuan tinggi dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, sama ada di bandar mahupun kawasan pendalaman.

Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, Malaysia kini berada di landasan kukuh dalam menghadapi cabaran era digital, khususnya melalui pembangunan rangkaian 5G serta komunikasi berkelajuan tinggi.

Jelasnya, sidang kemuncak itu boleh menjadi titik tolak dalam membuktikan keupayaan Malaysia sebagai kuasa pertengahan serantau bagi memacu kemajuan teknologi komunikasi serta memperkukuh keselamatan siber di Asia Tenggara.

“Ini satu usaha yang baik. Saya rasa perkara ini (menyediakan rangkaian 5G di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46) memang dijangka. Apabila ada tetamu datang, kita mesti menjadi contoh dalam memastikan liputan rangkaian dalam keadaan yang terbaik (namun) jangan lupa keutamaan sebenar adalah kepada rakyat (dalam menyediakan internet berkelajuan tinggi).

“Saya berpandangan Malaysia boleh melakukan lebih daripada sekadar mempamerkan (kelajuan internet berkelajuan tinggi). Banyak yang mampu ditunjukkan oleh Malaysia dari segi keupayaan infrastruktur digital, khususnya sudut keselamatan siber,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Choong Fook berkata, Sidang Kemuncak ASEAN bukan sahaja mempamerkan keupayaan infrastruktur digital Malaysia sebagai pemangkin kelancaran acara bertaraf antarabangsa, namun sebagai isyarat sistem keselamatan siber negara harus dipertingkatkan serta diperkasa secara holistik.

Beliau berpandangan, negara tidak lagi boleh menggunakan pendekatan lapuk untuk menyelesaikan isu berkaitan keselamatan siber dan kegagalan menangani ancaman terbabit boleh membawa risiko keselamatan yang lebih serius kepada masyarakat awam.

“Pendigitalan bukan hanya sekadar sambungan internet berkelajuan tinggi. Saya bersetuju kerajaan melakukan perancangan untuk sambungan 5G, namun pendigitalan sebenar juga melibatkan aspek keselamatan siber. Bahagian ini saya rasa kerajaan agak terlepas pandang.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melakukan tugas yang baik dan memadai dalam memastikan liputan internet 5G namun, peranannya jauh lebih besar daripada sekadar memastikan liputan rangkaian namun perlu memastikan penyedia perkhidmatan mengekalkan kualiti perkhidmatan yang konsisten.

“Ini kerana masih terdapat sesetengah kawasan tertentu yang masih mempunyai liputan 5G yang lemah dan tidak stabil. Perkara itu masih lagi terjadi di kawasan perumahan saya tinggal,” katanya.

Untuk rekod, setakat Disember 2024, liputan 5G di kawasan berpenduduk Malaysia telah mencapai 82.4 peratus menjadikan negara ini antara yang terpantas dalam pelaksanaan 5G di peringkat global.

Kadar penembusan pengguna juga melonjak kepada 53.35 peratus berbanding 24.60 peratus sebelumnya, membuktikan tahap penerimaan rakyat terhadap teknologi ini semakin meluas.

Dalam masa yang sama, inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) juga telah melebihi sasaran dengan lebih 9.03 juta premis menikmati akses kepada internet berkelajuan tinggi dan gentian optik, sehingga Disember 2024.

Related Posts

Semua pihak perlu junjung titah Agong perangi rasuah

TITAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan keperluan tindakan tegas dan menyeluruh dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa perlu dijadikan panduan utama oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen diingatkan jangan cetus ketegangan antara wilayah

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang bersifat menghasut sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah, sekali gus menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri