Lima sekeluarga maut kebakaran di Pamah Kulat

RAUB – Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut membabitkan pasangan suami isteri serta tiga anak mereka.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar 3.35 pagi.

“Sejurus pemadaman kita menjumpai kesemua mangsa di lokasi kejadian, ” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, kesemua mayat berkenaan dibawa ke Hospital Raub untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.15 pagi mendapati sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40 x30 kaki persegi dalam keadaan terbakar.

“Berdasarkan laporan operasi, terdapat terdapat lima mangsa ditemukan rentung di dalam rumah berkenaan membabitkan lelaki dan perempuan dewasa berserta tiga kanak-kanak.

“Kemusnahan struktur rumah adalah 100 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta serta tiga buah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran hos 200 kaki dan dua pancutan sumber air tangki pam jentera bomba.

Tambah beliau, operasi memadam kebakaran diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Saiful Bahari Abd Rahman dengan kekuatan sembilan anggota dari BBP Raub serta bantuan lima anggota dari BBP Lipis.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16