Lima kilang terbakar, peralatan sembahyang, bahan kimia cat dan teh herba antara yang musnah

IPOH – Suasana awal pagi Isnin dikejutkan dengan kebakaran besar yang hampir memusnahkan lima buah kilang di Taman Song Choon, Simpang Pulai, di sini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.44 pagi.

Sejurus menerima maklumat, seramai 38 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Pasir Puteh, Ipoh dan Gopeng segera digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi pemadaman.

Mereka turut dibantu 15 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru dan Menglembu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati tiga buah kilang memproses peralatan sembahyang telah terbakar sehingga 70 peratus.

“Dua lagi kilang, masing-masing kilang memproses bahan kimia cat dan teh herba turut terjejas dengan kebakaran meliputi 80 peratus struktur bangunan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang mengejutkan komuniti perindustrian tempatan itu.

Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan dua pancutan air dari pili bomba berhampiran.

Ia diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Muhammad Izzat Ismail dan berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.10 pagi.

Sabarodzi memaklumkan, kerja-kerja pemulihan kebakaran atau ‘overhaul’ masih diteruskan, manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Related Posts

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

KEMAMAN — Inisiatif Kerajaan MADANI memperkenalkan elaun bulanan sebanyak RM250 kepada pelajar Tingkatan 6 disambut baik terutamanya dalam situasi ekonomi global yang mencabar. Pelajar Tingkatan 6 yang juga Pengerusi Jawatankuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan