Lima hujah ‘ke laut’ bukti teruknya pembangkang

SEMALAM saya menulis tanda tanya umum – berwibawakah pembangkang?

Tulisan itu menyimpulkan, pembangkang sekarang terlalu jauh ketimbang pembangkang era pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Hari ini pula dirumuskan lima (5) hujah paling teruk oleh Ketua Pembangkang sepanjang perbahasan Belanjawan 2025.

Pertama: Dikatakannya, hutang negara kali ini paling tinggi dalam sejarah iaitu RM1.17 trilion iaitu tahun lepas meningkat RM92.9 bilion.

Hakikatnya, pada 2021 hutang baru Perikatan Nasional (PN) mencecah RM100 bilion; 2022 (PN) juga RM100 bilion; sedangkan pada 2023, zaman Kerajaan Perpaduan turun kepada RM93 bilion; 2024 RM86 bilion, dan tahun depan dijangka hanya RM80 bilion.

Kerajaan yang mana teruk berhutang?

Kedua: Dikatakannya, 90 peratus isi rumah di negara ini terkesan oleh kenaikan kos sara hidup. Kononnya, rakyat amat menderita.

Hakikatnya, harga barang semenjak merdeka terus meningkat tetapi kerajaan yang bagus, dapat mengawal kadar kenaikannya.

Pada zaman PN, kadar inflasi negara 4 peratus. Itu ‘pusaka’ yang ditinggalkan mereka kepada Kerajaan Perpaduan, sedangkan sekarang kadar itu cuma 1.9 peratus.

Kadar inflasi yang mana lebih rendah?

Ketiga: Dikatakannya, rakyat mahu bantuan tunai diperluas.

Hakikatnya, pada 2021 (PN), had bantuan tunai hanya RM1,800 setahun; 2022 (PN), RM2,000 setahun; sedangkan Belanjawan 2025 (Kerajaan Perpaduan), RM4,800.

Kerajaan mana lebih mesra rakyat?

Keempat: Dikatakannya, rakyat mahu peluang pekerjaan yang luas dan berkualiti.

Hakikatnya, untuk memenuhinya, Kerajaan perlu menarik pelaburan dan itu yang bersungguh-sungguh dilakukan.

Pada 2021 (PN) hanya RM310 billion pelaburan berjaya ditarik; 2022 (PN) turun kepada RM268 bilion, tetapi pada 2023 (Kerajaan Perpaduan) naik kepada RM330 bilion.

Peluang pekerjaan dijangka kian pesat kerana Belanjawan 2025 memperuntukkan RM200 juta untuk melahirkan bakat tempatan dalam bidang semikonduktor.

Sebanyak RM20 juta pula diperuntukkan kepada usaha melahirkan ramai graduan kejuruteraan.

Buat pertama kalinya, gaji permulaan dalam bidang tertentu ditetapkan pada kadar sekitar RM3,300. Ini dikenali sebagai pekerjaan berkualiti dan gaji bermaruah.

Kelima: Dikatakannya, rakyat mahukan perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti.

Hakikatnya, pada zaman Covid-19 (PN) pun kerajaan hanya memperuntukkan RM32 bilion. Pada hal ramai orang perlu dirawat.

Itu sangat rendah ketimbang RM45 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025.

Yang mana lebih tinggi?

Keseluruhannya pula kerajaan PN atau kerajaan sekarang lebih baik?

Jawapannya ibarat terang lagi bersuluh.

Sebenarnya ada banyak lagi bukti bertapa teruknya pembangkang tapi selebihnya itu kita kupas kemudian.

Related Posts

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy