Libat urus STB, penggiat pelancongan perkukuh Tawau sebagai destinasi eko-pelancongan

TAWAU – Identiti Tawau sebagai destinasi eko-pelancongan di pantai timur Sabah terus diperkukuh menerusi sesi libat urus yang dijalankan Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bersama para penggiat industri pelancongan tempatan, pada Selasa. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew berkata, sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pembangunan pelancongan yang inklusif dan selari dengan hala tuju Sabah secara keseluruhan.

Menurutnya, Tawau mempunyai daya tarikan kepada pencinta alam, pejuang pemuliharaan dan pelancong yang mementingkan kelestarian.

“Tawau sudah lama menarik perhatian penyelidik dan pencinta alam kerana kekayaan alam semula jadinya.

“Oleh itu, Sabah perlu terus mempromosikan tempat seperti Tawau kepada pelancong yang mencari pengalaman yang bermakna dan melibatkan komuniti setempat,” katanya.

Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri merangkap Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai.

Jelas Christina, tempat pelancongan seperti Taman Bukit Tawau bukan sahaja menawarkan pokok tropika yang tinggi dan spesies yang jarang ditemui, tetapi juga peluang sebenar untuk aktiviti lain yang semakin dicari pelancong. 

Katanya, Tawau mempunyai perkhidmatan penerbangan daripada lima syarikat iaitu Malaysia Airlines, MASwings, Firefly, AirAsia dan Batik Air, dengan 154 penerbangan setiap minggu dari Kuala Lumpur, Johor, Kota Kinabalu dan Sandakan yang menyediakan lebih 27,000 tempat duduk kepada penumpang.

“Yang lebih penting sekarang ialah memperkuat kelebihan yang ada supaya Tawau dikenali sebagai destinasi pelancongan utama, bukan hanya tempat persinggahan.

“Kerjasama antara pengusaha pelancongan, penduduk setempat dan agensi kerajaan perlu agar perancangan pelancongan lebih realistik dan berkesan,” ujarnya. 

Tambah Christina, STB akan terus menjalankan kempen Explore Sabah untuk menyokong kempen Visit Malaysia 2026 sekali gus memacu kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa ke daerah seperti Tawau.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Julinus Jeffrey Jimit; Pengarah MOTAC Sabah, Ibrahim Othman; dan Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Haryanty Abu Bakar.

Related Posts

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

SEPANGGAR – Pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) berjaya menarik lebih 3,000 orang menghadiri wacana ilmu bertajuk ‘Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera’ di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

MIRI — Program Sarawakku Sayang 2026 membuka tirainya dengan majlis pelancaran yang berlangsung meriah di Miri Kitchen pada Jumaat. Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu diadakan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

UAS tarik lebih 3,000 hadirin ke wacana ilmu di Sepanggar

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Program Sarawakku Sayang 2026 sokong peniaga kecil, budaya tempatan

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Wanita warga Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar