Lestari Niaga @Kuala Lumpur jamin keselesaan peniaga, pengunjung

KUALA LUMPUR – Inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur memberi perhatian terhadap keselesaan bukan sahaja pengunjung, malah peniaga.

Melalui inisiatif ini, salah satu program di bawahnya adalah pelaksanaan projek pembangunan dan pengindahan semula infrastruktur membabitkan 39,264 penjaja sekitar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa turut mengambil kesempatan membuat tinjauan di tapak Lestari Niaga di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, hari ini.

Zaliha menegur beberapa pengunjung yang sedang menjamu selera di tapak Lestari Niaga di Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, hari ini.

Menurut hantaran di Facebooknya, beliau dimaklumkan sekitar 500 hingga 600 orang pengunjung akan datang makan di medan selera berkenaan setiap hari yang menawarkan pelbagai pilihan makanan.

“Medan selera ini ada 38 lot kedai dan pihak DBKL telah ‘upgrade’ gerai tersebut melalui inisiatif Lestari Niaga. Peniaga dan pengunjung kedua-duanya selesa.

Waktu saya jumpa dengan peniaga tadi, ada juga beberapa aduan dan cadangan yang saya minta pegawai saya catatkan dan kita akan ambil tindakan segera,” katanya.

Sambil menjamu selera, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan busker.

Beliau juga menegaskan sekiranya melihat ada yang belum selesai, ia akan dimajukan segera kepada DBKL.

“Mana yang saya nampak belum beres, saya minta DBKL segerakan. Manfaatnya untuk semua pihak. Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Malaysia, Brunei tegaskan komitmen perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA – Malaysia dan Brunei menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin, berpaksikan amanah, kepercayaan serta kesepakatan dalam menghadapi cabaran serantau dan antarabangsa. Komitmen tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Abdul Halim perkukuh SPRM, pacu agenda integriti negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuh institusi pencegahan rasuah, khususnya dalam keadaan semasa yang menuntut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16