Lesen pengendali media sosial diharap dapat jamin keselamatan siber, beri pengguna manfaat

KOTA KINABALU – Keperluan pelesenan pengendali operasi media sosial mulai 1 Januari diharapkan dapat menjamin keselamatan siber seterusnya memberi manfaat kepada para pengguna.

Demikian pendapat Pensyarah Kolej AMC, Dewie Trieyana Arfianie Azahar yang menyambut baik tindakan kerajaan untuk mewajibkan pengendali media sosial mendapatkan lesen untuk beroperasi di Malaysia.

Katanya, tindakan tersebut sangat baik kerana dapat meningkatkan keselamatan siber terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

“Pelesenan ni sangat baik untuk dibuat dan dikekalkan bagi mengekalkan keselamatan pengguna khususnya kanak-kanak kerana mereka lebih mudah untuk terpedaya dengan kandungan yang ada di media sosial.

“Antara jenayah sering saya lihat berlaku menerusi media sosial ialah penipuan, perjudian dan juga gangguan seksual terhadap kanak-kanak termasuk orang dewasa,” katanya.

Tambah beliau, ini mungkin dapat mengurangkan jumlah jenayah yang dilakukan menerusi media sosial kerana apabila ada pelesenan ini, penyedia perkhidmatan akan lebih teliti dalam keselamatan para pengguna media sosial.

Manakala bagi pekerja swasta, Ronel Rosli, 35, pelesenan itu amat positif kerana ia dapat mengurangkan jenayah penipuan dalam talian.

“Kalau dari segi rakyat biasa seperti kami memang terbaik sebab dia akan mengurangkan penjenayah-penjenayah khususnya kepada para ‘scammer’ yang semakin berleluasa di media sosial seperti TikTok dan Facebook.

“Dengan adanya pelesenan ini kemungkinan kita punya jenayah siber akan berkurang,” katanya.

Menurut Velna Rosley, 26, bersetuju dengan tindakan kerajaan memperkenalkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP (C)) yang diwajibkan menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) membawa banyak manfaat kepada pengguna.

“Saya sebagai orang muda bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan lesen ini sebab ia memberikan manfaat kepada pengguna.

“Tindakan kerajaan kenakan denda kepada mereka yang telah melanggar peraturan adalah wajar untuk memberi kesedaran kepada pengguna bahawa mereka perlu berhati-hati untuk membuat siaran di media sosial,” katanya ketika ditemui wartawan TMP.

Dalam pada itu, bagi penjawat awam, Mohd. Ariff Ali, 32, menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan atas komitmen dalam meningkatkan keselamatan siber di negara ini. 

“Saya mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif pelaksana pelesenan, saya harap dengan pelaksanaan ini dapat mensejahterakan kehidupan rakyat Malaysia,” kongsinya.

Terdahulu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial utama telah mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia dengan memohon lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di Malaysia.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas