Lelaki warga Filipina ditemukan mati tergantung

KOTA BELUD – Seorang lelaki warga Filipina ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di tangga Plaza Alap Bana, Pekan Kota Belud pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud menerima satu laporan awam berkait seorang lelaki yang tergantung di sebuah tangga pada pukul 5.58 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun tidak sedarkan diri di tangga Blok C di bangunan tempat kejadian.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Kota Belud.

“Hasil siasatan mendapati mangsa disyaki telah menjerut leher yang dipercayai berpunca dari masalah peribadi yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur jenayah didapati berlaku.

Related Posts

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

KUCHING – Pelaksanaan kod baharu menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mendapat sokongan jitu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha membendung kanak-kanak daripada terus terdedah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan