Lelaki warga asing ditemukan lemas di Sungai Kuala Tutoh, disyaki dibaham buaya

MARUDI – Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Tutoh, Baram, sejak Rabu lalu ditemukan meninggal dunia pada Jumaat pagi selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, mangsa dikenali sebagai Prashant, berusia 21 tahun, ditemukan pada jam 9.30 pagi kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemukan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke dermaga menggunakan bot penyelamat untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan rasmi JBPM Sarawak pada Jumaat.

Maklumat awal mendapati tangan kiri mangsa hilang dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibaham buaya ketika kejadian.

Operasi pencarian dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi diketuai oleh PPgB Jessbent Jenus bersama empat anggota, dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Usaha mencari mangsa berdepan cabaran komunikasi dan keadaan sungai yang deras, namun mangsa akhirnya berjaya dijumpai pada hari kedua operasi,” kata jurucakap JBPM.

Mayat mangsa dibawa ke daratan untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Pihak JBPM turut menasihati penduduk di sekitar kawasan sungai agar berwaspada dan mengelakkan aktiviti berhampiran tebing sungai terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai habitat buaya.

Related Posts

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

MUKAH – Penganjuran UiTM Night Bazaar Siri 8 bertemakan ‘Riuh Raya Street Fiesta’ dilihat bukan sahaja menghidupkan suasana Aidilfitri, malah menjadi platform penting dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat