Lelaki tunjuk kemaluan ditahan polis

TAWAU – Seorang lelaki yang membuat perlakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di hadapan wanita ditahan polis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 29 tahun ditahan pada jam 2 petang tadi susulan laporan dibuat mangsa, pagi semalam.

Beliau berkata, berdasarkan laporan di buat mangsa, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi berhampiran kawasan rekreasi di Jalan Persisiran di Tawau, Sabah, ketika sedang menunggu anak saudaranya pulang dari sekolah.

“Mangsa dalam laporannya mendakwa suspek dikatakan meletakkan kenderaan di belakang kereta mangsa sebelum secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya ke arah mangsa.

“Risau akan keselamatan dan perbuatan suspek itu, mangsa kemudiannya segera masuk semula ke dalam kereta sebelum suspek dilihat beredar dari kawasan berkenaan,” katanya.

Jasmin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS).

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang