Lelaki serang pegawai polis ditahan di Kuching

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang disyaki menyerang seorang pegawai polis menggunakan pisau pemotong daging semasa Regatta Sarawak 2025 di kawasan Waterfront Kuching, pada 2 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku ketika anggota polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di lokasi berkenaan.

“Mangsa, seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor, telah diserang menggunakan sebilah pisau pemotong daging. Serangan itu menyebabkan pakaian seragam mangsa koyak sedikit di bahagian lengan kiri. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Suspek berjaya ditangkap di tempat kejadian dan hasil semakan mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah lampau. Hasil saringan awal air kencing pula mendapati suspek negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam semasa menjalankan tugas, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Alexson turut menyeru orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian tersebut dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat kes, Insp. Ridzainuddin Rosley di talian 010-9431449.

Beliau menegaskan, pihak polis memandang serius sebarang bentuk kekerasan terhadap penjawat awam dan akan memastikan tindakan tegas diambil bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam di Kuching.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri