Lelaki OKU didakwa samun guna pistol tiruan

MELAKA – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol tiruan, Mei lalu.

Tertuduh, Mohamad Firdaus Md. Nor, 33, yang cacat tulang belakang bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama yang telah dituduh didakwa dengan niat telah melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sepucuk pistol tiruan dan melarikan wang tunai sebanyak RM550 milik Kevin Fong Tze Weng, 39.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 7.21 malam di sebuah kedai menjual barang serbaneka di Jalan TPH 1 Taman Tambak Paya Harmoni dalam daerah Melaka Tengah, 6 Mei lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar barang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syazwanie Marizan tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan RM30,000 dikenakan sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara, selain syarat-syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh merupakan OKU fizikal dan mempunyai tiga orang anak berusia 7, 6 dan 1 tahun, yang kini ditanggung isteri.

Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh 23 September depan untuk serahan dokuman dan lantikan peguam.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi