Lelaki meninggal dunia ketika solat berjemaah di masjid

PENGAKHIRAN yang dicemburui, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang jemaah lelaki yang meninggal dunia ketika menunaikan solat fardu berjemaah di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Gombak pada hari pertama Ramadan.

Allahyarham Alias Abd Ghani menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan ibadah kepada Allah pada bulan Ramadan dan menjelang hari Jumaat.

Beliau dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika memasuki satu rakaat solat, sewaktu jemaah lain sedang rukuk.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid, Allahyarham dilihat dalam keadaan sujud sebelum tidak lagi bergerak dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak dalam hantaran di akaun rasmi Facebook menyifatkan, pemergian Alias sebagai satu kehilangan besar buat komuniti Taman Seri Gombak, malah ramai menyifatkannya sebagai kematian yang dicemburui kerana berlaku ketika beribadah di rumah ALLAH.

“Solat jenazah akan didirikan sejurus selepas solat Jumaat di masjid berkenaan dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Permata,” katanya.

  • Related Posts

    Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

    KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

    TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

    Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

    Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

    Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

    Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

    Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

    Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

    Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

    Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

    Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

    Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

    Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen