Lelaki mengamuk, lima cedera di restoran Batu 3 Sandakan

SANDAKAN – Amukan seorang lelaki tempatan menyebabkan kecederaan kepada lima mangsa di sebuah restoran di Batu 3 di sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sejurus menerima panggilan, pihak peronda segera ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek berusia 29 tahun itu serta mententeramkan keadaan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bersenjatakan parang dan tukul datang ke kedai makan sebelum tiba-tiba menyerang mangsa yang berada di dalam restoran tersebut.

“Mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita telah dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) kini dalam keadaan stabil.

“Manakala suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis mengucapkan terima kasih atas maklumat awal yang diberikan oleh orang ramai mengenai kejadian ini.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri