Lelaki maut kenderaan dihempap pokok

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangori, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.14 petang.

“Setibanya di lokasi pada 2.45 petang, didapati sebatang pokok tumbang menghempap Toyota Hilux, melibatkan seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi, dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu, usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pokok tumbang yang menghempap sebuah kereta pacuan empat roda sehingga mengorbankan seorang pekerjanya itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Bonda Rozita itu mendakwa, kejadian pokok tumbang itu berlaku di sebuah resort yang beroperasi tanpa lesen di Batang Kali.

“Sampai bila nyawa manusia mahu dipandang ringan? Mana pihak yang sepatutnya memantau keselamatan jalan utama pengunjung?

“Pokok-pokok reput dibiarkan berdiri menunggu masa menimpa mangsa seterusnya. Pelbagai isu keselamatan di kawasan chalet ini sering diabaikan orang awam bebas berkelah tanpa pengawasan, kawasan parkir pula terlalu sesak setiap hujung minggu.

“Semuanya bom jangka yang menunggu masa untuk meragut nyawa!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX