Lelaki maut dibaham buaya, kesan gigitan pada perut mangsa

SADONG JAYA – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan ditemui maut dengan kesan gigitan buaya pada bahagian perut di Sungai Buloh, dekat sini, pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Faizal Abdilah, 30, ditemukan oleh nelayan kira-kira jam 2.22 petang tadi pada jarak sekitar tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba, selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, mangsa sebelum itu dilaporkan hilang selepas disambar buaya ketika menjala ikan di bawah jambatan Sungai Buloh bersama seorang rakan pada Selasa.

“Sebaik ditemui, mayat mangsa dibawa ke Pos Kawalan Bomba dan pengecaman dilakukan oleh ahli keluarga. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan pada bahagian perut mangsa,” menurut kenyataan tersebut.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi turut disertai beberapa agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sarawak Forestry Corporation (SFC), RELA serta penduduk kampung, sekali gus mencerminkan kerjasama erat dalam menghadapi insiden kecemasan”, tambah kenyataan itu.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen