Lelaki ditemukan meninggal dalam rumah terkunci

SRI AMAN – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang terkunci di Taman Sri Jaya pagi pada Ahad.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba pada jam 11.21 pagi, didapati pintu rumah terkunci dan orang awam memaklumkan terhidu bau kurang menyenangkan dari dalam rumah.

“Pihak polis kemudiannya memohon bantuan bomba untuk membuka pintu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. 

Menurutnya, operasi diketuai PBK I Noor Faqriakmal bersama sembilan anggota menggunakan alatan khas dan peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap untuk membuka pintu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu jasad lelaki dalam rumah berkenaan. Pemeriksaan lanjut oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah sembilan anggota polis dan tiga kakitangan KKM.

Related Posts

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

SANDAKAN – Kerajaan memberi penekanan terhadap kepentingan sinergi antara agensi Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif berkaitan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara berkesan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

SANDAKAN – Aktiviti penjualan rokok tidak berlesen di sekitar kawasan kaki lima Pasar Batu 8, di sini, pada Sabtu menjadi tumpuan dalam satu tinjauan dan pemantauan menerusi lawatan turun padang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Keselamatan jemaah haji terjamin walaupun konflik Asia Barat

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Kerjasama PBT, negeri, Persekutuan diperkukuh laksana inisiatif tenaga kerja

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan asas Kg Pulau Sepanggar

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Kerajaan kaji langkah baharu bantu pesawah

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Fairuz turun padang pantau isu rokok tidak berlesen di Sandakan

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang

Kebebasan bersuara bukan hak mutlak tanpa batas – Pengamal undang-undang