Lelaki disambar buaya ketika menabur baja di sungai

SANDAKAN – Seorang lelaki disyaki hilang selepas dilaporkan disambar buaya ketika sedang menabur baja di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10, di sini, pada petang Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.40 petang melalui talian MERS999.

Katanya, seramai tujuh anggota bomba dari diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Chauslim Sunsubin tiba di lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR),

“Menurut pemanggil (saksi), mangsa sedang menabur baja di sungai sebelum memulakan aktiviti merambat ikan, namun tiba-tiba disambar buaya dan hilang.

“Pihak bomba memulakan operasi SAR pada pukul 6.14 petang bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mencari mangsa,” jelas beliau.

Katanya, operasi SAR masih diterusnya dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Related Posts

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

KUANTAN – Penjawat awam Pahang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan dua kali pada tahun hadapan. Berita baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah