
SANDAKAN – Seorang lelaki cedera ringan manakala seorang lagi terselamat selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dihempap pokok tumbang di kawasan Sabah Hotel, d sini, pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8.07 malam sebelum tujuh anggota bersama dua buah jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak 6 kilometer dari balai Bomba.
“Mangsa cedera berumur 58 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Anggota bomba menggunakan gergaji berantai dan parang bagi memotong serta mengalihkan dahan pokok,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.
Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.58 malam.





