Leka pindah diesel secara haram, dua individu ditahan KPDN

SUNGAI PETANI – Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memindahkan diesel secara haram dalam serbuan di Pekan Lama di sini pada Rabu lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan KPDN Alor Setar di kawasan lapang pada jam 5 petang itu mendapati, dua lelaki sedang memindahkan minyak disyaki diesel ke dalam tangki sebuah lori.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, dua lelaki tempatan berusia 40-an dan 60-an sedang memindahkan minyak disyaki diesel daripada sebuah lori kargo yang mempunyai tangki IBC di bahagian belakang ke dalam sebuah lori tangki.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua individu tidak mempunyai permit atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan.

“Sehubungan itu, KPDN Alor Setar telah menyita bahan api itu dianggarkan sebanyak 4,000 liter dengan nilai RM24,080, satu unit lori kargo, satu unit lori tangki, tiga unit tong IBC serta peralatan yang digunakan untuk memindahkan minyak diesel,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, nilai sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM176,680.

Kedua-dua individu tersebut ditahan bagi siasatan lanjut. Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122].

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaan OPS TIRIS 4.0 pada 16 Mac lalu sehingga semalam, KPDN Kedah memeriksa 5,632 premis dan 21 tindakan kes dihasilkan membabitkan sitaan lebih RM875,000.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

KUANTAN – Setiap penganjuran program perlu merujuk kepada prinsip yang jelas tanpa mengetepikan nilai dan adab. Selain itu, sebarang kelulusan pula sepatutnya mengambil kira sensitiviti agama dan penerimaan masyarakat setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang