Lebuhraya Pan Borneo di Jalan Tebobon-Tuaran dibaiki bermula esok

KOTA KINABALU – Kerja-kerja penyelenggaraan jalan Lebuhraya Pan Borneo Tebobon-Tuaran akan bermula pada Isnin.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, penurapan dan baik pulih itu adalah tindakan susulan yang diambil segera bagi menyelesaikan aduan para pengguna jalan raya terlibat.

“Saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan pengguna jalan raya terlibat mengatakan bahawa keadaan jalan raya ini berlubang-lubang.

“Sebelum ini kita telah arahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga kontraktor supaya tampal jalan yang berlubang untuk penyelesaian jangka pendek, namun tidak memadai kerana setiap kali hujan tampalan tersebut terbuka.

“Terima kasih kepada pihak JKR atas tindakan segera mereka dan di peringkat Parlimen, kami akan terus memantau supaya projek ini akan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

“Saya berharap para pengguna bersabar dalam tempoh sebulan kerja-kerja membaiki dilaksanakan dan projek tambahan ini juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Mustapha juga memberitahu bahawa lampu jalan akan turut ditambah agar pencahayaan lebih baik dan jelas bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatannya ke lokasi aduan di Kampung Tebobon, Jalan Tebobon-Tuaran, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, jelasnya penurapan di jalan terlibat pembinaan pakej tujuh Pan Borneo itu diputuskan selepas perbincangannya bersama wakil JKR dan kontraktor yang telah dilantik, Syarikat Kontraktor Perwira Progresif Construction.

“Dalam perbincangan itu, kami telah bersetuju untuk menggunakan dana tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja penurapan atau baik pulih muka jalan yang terlibat sepanjang dua kilometer bermula esok.

“Walaupun lebih daripada projek asal tetapi pihak JKR bermurah hati untuk menambah bajet agar masalah di kawasan yang terlibat dalam aduan pengguna dapat diselesaikan dan dikurangkan.

“Manakala jumlah kos baik pulih jalanraya tersebut masih belum ditetapkan kerana ini adalah projek kecemasan solusinya adalah untuk buat dahulu sambil penilaian dilaksanakan.

“Tetapi peralatan mesin untuk kegunaan penyelenggaraan ini sudah disediakan untuk dipakai bagi memastikan kerja-kerja dapat bermula esok,” katanya.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA