Lebih RM1.3 bilion diperuntukkan kerajaan Sabah demi perkasa pendidikan

KOTA KINABALU – Dalam memperkasa sektor pendidikan di negeri Sabah, Kerajaan Negeri memperuntukan lebih RM1.33 billion bagi pembangunan modal insan sejak tahun 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan ini membuktikan komitmen teguh kerajaan dalam memartabatkan bidang pendidikan selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sekali gus memastikan aspek pendidikan tidak dipinggirkan.

”Dalam tempoh 2021 hingga 2024, Kerajaan Negeri telah menyalurkan RM848.26 juta untuk pelbagai bantuan pendidikan termasuk Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), di samping RM485 juta khusus bagi pembangunan modal insan,” katanya ketika merasmikan Majlis Aspirasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-3, tahun 2025 di Dewan Sulaman, pada Rabu.

Menurut Hajiji, 14 inisiatif baharu turut dilaksanakan Kerajaan Sabah sejak 2021 sehingga 2025 dengan peruntukan sebanyak RM164.14 juta yang memberi manfaat kepada lebih 210,000 pelajar negeri ini.

”Antara inisiatif berkenaan termasuklah Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah, Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI).

”Kesemua inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan pelajar seterusnya memperkasa akses pendidikan yang berkualiti terutamanya anak-anak Sabah,” katanya.

Menurut Hajiji, bagi memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis TVET Negeri Sabah (MTS) pada Mei lalu untuk menyelaraskan lebih 160 Institusi Latihan Teknikal dan Vokasional sejajar dengan keperluan pasaran kerja masa depan.

“Kerajaan Negeri juga telah menawarkan bantuan tunai RM1,000 kepada 146 pelajar cemerlang STPM 2024 dan RM3,000 kepada seorang pelajar cemerlang di peringkat kebangsaan.

“Pencapaian cemerlang pelajar-pelajar ini merupakan cerminan daripada usaha berterusan, kegigihan para guru, sokongan ibu bapa serta keberkesanan sistem pendidikan,” katanya.

Beliau juga menyeru semua guru agar terus menunjukkan komitmen, keikhlasan dan dedikasi dalam melaksanakan amanah sebagai pendidik kepada anak-anak di seluruh pelusuk Sabah.

Hajiji turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan yang dinobatkan sempena majlis itu dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai simbol penghormatan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen luar biasa warga pendidik dalam membentuk generasi masa depan.

  • Related Posts

    Semua pihak perlu junjung titah Agong perangi rasuah

    TITAH Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menekankan keperluan tindakan tegas dan menyeluruh dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa perlu dijadikan panduan utama oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Ahli Parlimen diingatkan jangan cetus ketegangan antara wilayah

    YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Ahli Parlimen supaya tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang bersifat menghasut sehingga boleh mencetuskan ketegangan antara wilayah, sekali gus menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

    Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

    Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

    Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

    Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

    Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

    Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

    Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

    Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

    Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

    Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

    Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri