Lebih baik Pas fokus bantu golongan miskin, ketimbang bayar saman fitnah Siti Mastura

KEKALAHAN Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad adalah bersifat individu yang seharusnya dipertanggungjawabkan oleh beliau dan tidak perlu dijadikan sebagai agenda utama parti Pas.

Penganalisis sosiopolitik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, situasi mengutip derma ini tidak sewajarnya berlaku dalam parti itu dan perlu memfokuskan perkara yang lebih penting seperti menjaga kebajikan rakyat.

“Isu Siti Mastura ini adalah kesalahan bersifat individu tetapi dijadikan satu agenda parti. Jadi perkara ini adalah tidak sepatutnya berlaku.

“Nasihat, saya kira apabila disabitkan dengan kesalahan yang jelas dan nyata, adalah tidak elok dan tidak beretika jika dijadikan ‘derma jihad’ sebagai satu wadah parti.

“Lebih baik jika Pas menfokuskan membantu golongan miskin, yang kurang bernasib baik, golongan rentan dan sebaiknya berjihad melawan kemiskinan di kawasan mereka berbanding jihad untuk membantu ahli politik mereka membayar saman fitnah yang dilakukan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Isnin.

Terdahulu, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas memohon ‘derma jihad’ bagi membantu Siti Mastura membayar RM825,000 dengan kadar segera, yang diperintahkan oleh mahkamah.

Isi kandungan surat berkenaan berkata, kegagalan membayar saman akan menyebabkan plaintif mengambil tindakan prosiding kebankrapan yang boleh menyebabkan Mastura hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, dan kerusinya akan dikosongkan.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata, pembayaran saman tersebut sepatutnya menginsafkan ahli Parlimen, ahli politik daripada Pas untuk berhenti memainkan sentimen fitnah dan jahat ke atas pihak lain tetapi lain yang berlaku sebaliknya.

Tambah beliau, Pas juga tidak perlu menggunakan ‘tiket’ agama dalam membenarnya perkara yang salah sekali gus dalam meraih sokongan penyokong.

“Sepatutnya, ia dijadikan pengajaran besar buat mereka supaya tidak menyentuh soal etnik atau agama, Pas juga tidak perlu mempolitikkan isu ini menggunakan agama dengan terma Derma Jihad.

“Tindakan memfitnah itu satu perkara yang ditegah oleh agama walaupun kepada orang yang bukan islam dan amat tidak wajar.

“Tetapi Pas kita tahu adalah parti berteraskan Islam memberikan ruang Pas mengambil kesempatan menggunakan agama untuk mendapat simpati, meraih sokongan serta mendapatkan ihsan daripada penyokong mereka agar meningkatkan populariti seolah-olah itu satu jihad dan peluang untuk membuat kebajikan.

“Sedangkan perkara yang dilakukan itu adalah salah dari segi undang-undang dan agama dari konteks memfitnah,” katanya.

Hari ini, Mursyidul Am Pas Daruk Hashim Jasin berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam ‘derma jihad’ kepada Siti Mastura yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.

Hashim berkata, hal ini kerana sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan Pas sebagai parti Islam.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy