Lebih 200,000 dijangka hadir Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan lebih 230,000 pengunjung hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani yang dijadualkan berlangsung dari 22 hingga 24 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, optimis sasaran itu dapat dicapai susulan kedudukan lokasi penganjurannya yang strategik.

Beliau berkata, turut diadakan di lokasi sama ialah Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024, bermula 23 hingga 24 November ini.

“Konvensyen ini adalah platform penyampaian maklumat mengenai status pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam… akan diadakan juga pengumuman deklarasi Kuala Lumpur Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Malaysia,” katanya selepas melancarkan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya, hari ini.

Turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Fahmi berkata, setakat ini persiapan Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berjalan dengan baik.

“Saya jangka dalam minggu akan datang, lebih banyak perincian program ini dapat dikongsikan kepada rakan media dan masyarakat umum,” katanya.

Related Posts

UEC bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 – Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dilihat jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta tidak selari dengan Dasar Pendidikan Nasional (DPN). Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Pahang kecewa tindakan DAPSY desak iktiraf UEC

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan DAPSY mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menerusi cara keras seperti ‘kumpulan samseng’ serta tidak menghormati dasar negara. Ketuanya, Kamil Ibrahim berkata, DAPSY seperti ‘gelabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM