Lebih 1,500 peminat jazz dijangka hadir Festival Jazz Kuching 2024

KUCHING – Dijangka lebih 1,500 peminat Jazz hadir pada Festival Jazz Kuching 2024 yang berlangsung selama dua hari di Tebingan Kuching.

Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain, festival ini dinantikan ini menggabungkan pemuzik dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

“Semestinya festival ini mencerminkan perpaduan budaya antara pemuzik tempatan dan antarabangsa,” ujar beliau.

Tambah beliau, misi mereka adalah menyatukan masyarakat melalui muzik, menggalakkan pertukaran budaya dan menjadikan Kuching sebagai destinasi seni.

“Kami menjangkakan kehadiran yang besar terutama tetamu dari antarabangsa,” kata beliau dalam sidang media Festival Jazz Kuching 2024 pada Khamis.

Festival Jazz Kuching 2024 menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa.

Menariknya, Rizky Febian bakal membuat penampilan khas dalam acara muzik ini.

Orang ramai boleh mendapatkan harga pra-jualan pada RM200 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, harga tiket mungkin berbeza jika dibeli di lokasi acara pada hari tersebut.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa