LCS 1 akan jalani fasa ‘sea trial’ tak lama lagi

KUALA LUMPUR – Kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ships atau LCS) 1 akan menjalankan proses fasa ujian laut tidak lama lagi sebelum kapal LCS pertama itu boleh ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Lumat Naval Shipyard (LUNAS) memaklumkan, LCS 1 telah berjaya menyelesaikan proses meluncur dan ini menandakan pencapaian penting dalam perjalanannya ke arah mencapai kesempurnaan fizikal kapal.

“Fasa kritikal ini memastikan bahawa semua sistem atas kapal, komponen struktur dan fungsi penting menjalani pemeriksaan dan penambahbaikan yang teliti untuk memenuhi piawaian pembinaan dan pematuhan dengan spesifikasi reka bentuk, membawa kapal selangkah lebih dekat ke fasa seterusnya aktiviti set-to-work dan akhirnya ujian.

“Di LUNAS, kami kekal komited untuk menyampaikan kecemerlangan dalam mengukuhkan keselamatan negara melalui inovasi pada setiap peringkat proses ini.

“Terima kasih yang tulus kepada semua ahli pasukan yang dedikasinya sangat penting dalam mencapai pencapaian kritikal ini, terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan negara kita,” kata LUNAS dalam kenyataan medianya pada Khamis.

Pada fasa ujian pelabuhan dan laut itu akan menyaksikan kapal LCS pertama negara milik TLDM itu dipasang dengan sistem serta peralatan seterusnya dan menjalani pelbagai ujian penerimaan sebelum ia ditauliah ke dalam perkhidmatan TLDM.

Kapal pertama LCS negara itu dijangka akan hanya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada akhir 2026 dan lapan bulan selepas itu kapal kedua LCS negara akan memasuki perkhidmatan dan seterusnya sehinggalah kapal LCS yang kelima.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik