Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

SEBUAH coretan jujur oleh pelancong dari India mengenai pengalamannya melawat ibu negara baru-baru ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam talian, terutamanya dalam kalangan rakyat India.

Menerusi hantaran yang dimuat naik ke platform Reddit bertajuk “Just back from Kuala Lumpur and I’m ashamed”, individu tersebut meluahkan rasa kagum terhadap Malaysia, khususnya dari aspek perancangan bandar, kebersihan dan tadbir urus awam — yang disifatkan jauh lebih baik berbanding negaranya sendiri.

Menurutnya, keputusan memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan dibuat secara spontan apabila perubahan pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa membatalkan rancangan asal ke Vietnam. Meskipun mengunjungi Malaysia dengan jangkaan yang rendah, dia mengakui kagum dengan apa yang disaksikannya.

“Kuala Lumpur kelihatan sangat terancang dan tersusun. Tiada jalan berlubang, tiada kain rentang atau gambar ahli politik di merata-rata tempat, kebersihan terjaga, kesedaran sivik yang tinggi, kualiti hidup yang baik, udara bersih dan rakyat yang ramah,” katanya.

Tambahnya, pengalaman itu membuka mata terhadap jurang besar antara bandar raya di Malaysia dan di India.

“Saya selama ini menentang keras idea rakyat India berhijrah ke luar negara. Namun, selepas lawatan ini, saya berasa simpati kepada pelancong asing yang datang ke India, mahupun warga India yang terpaksa pulang ke tanah air atas pelbagai sebab,” katanya seperti dilapor Hindustan Times.

Dia juga mendakwa rakyat India seolah-olah sudah berputus asa terhadap peranan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

“Meskipun India memiliki sumber dan potensi, majoriti rakyatnya masih terpaksa bergelut untuk mendapatkan kemudahan asas. Kita terlalu sibuk dengan isu remeh dan lebih gemar meraikan kemenangan dalam IPL atau T20, mengagungkan selebriti dan tokoh politik tanpa pernah meminta pertanggungjawaban mereka,” katanya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, termasuk warga India yang turut berkongsi pengalaman serupa. Seorang pengguna Reddit berkata:

“Saya juga dahulu tidak pernah terfikir untuk meninggalkan India. Tetapi selepas lawatan kerja ke Jerman, persepsi saya berubah sepenuhnya. Keselamatan, kualiti udara dan makanan — semuanya jauh lebih baik.”

Seorang lagi warganet menambah: “Inilah sebabnya mengapa penting untuk melancong. Kini anda boleh menjadi suara yang membawa pandangan berasaskan pengalaman sebenar.”

Related Posts

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas

KUCHING – Usaha memperkasakan kesejahteraan sosial dan emosi golongan veteran diteruskan Kelab Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) menerusi penganjuran Program Lawatan Riadah ke Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam tidak mahu tinggalkan beban kepada pengganti sebelum tamat kontrak

KETUA Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki tidak mahu meninggalkan sebarang beban siasatan kepada penggantinya apabila kontraknya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tamat esok. Beliau berkata, semua pegawai penyiasat SPRM…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang