Laungan azan solat wajar kuat, bukan bacaan al-Quran, solat, kuliah – Agong

PUTRAJAYA – Laungan azan yang menggunakan pembesar suara sama ada di masjid mahupun surau wajar dilakukan secara kuat apabila masuk waktu solat fardhu setiap hari, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran, solat fardhu dan kuliah agama pula perlu terhad dalam kawasan masjid atau surau sahaja.

“Sebagai contoh penggunaan pembesar suara di masjid dan surau yang kadangkala menimbulkan isu kepada penduduk setempat.

“Sebagai negara Islam, laungan azan kita masuk waktu solat adalah wajar dibuat dengan kuat.

“Namun bacaan al-Quran, solat dan kuliah agama haruslah dibuat untuk dalam kawasan masjid itu sahaja,” titah Seri Paduka pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, hari ini.

Baginda juga bertitah, langkah itu untuk menjaga keharmonian, memahami dan bertolak ansur dengan masyarakat berbilang kaum dan agama yang mendiami sesuatu penempatan berdekatan institusi agama itu.

“Suka saya berpesan kepada semua supaya membuka lembaran baharu dengan niat dan azam untuk berubah ke arah minda dan tindakan yang lebih positif.

“Dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.

“Kita harus mengelakkan sebarang bentuk provokasi, fitnah dan hasad dengki yang boleh merosakkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin,” titah Seri Paduka.

Related Posts

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Isu pemecatan Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Mubarak Dohak seharusnya tidak lagi menjadi pertikaian, sebaliknya perhatian perlu diberikan kepada pematuhan proses perlembagaan secara menyeluruh. Bekas hakim Mahkamah Rayuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan