Laporan media Thailand tidak tepat, Tesla tidak pernah sebut mahu buka kilang

PUTRAJAYA – Laporan yang mendakwa Tesla membatalkan hasrat untuk membina kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia bukan kenyataan rasmi daripada syarikat yang dimiliki oleh Elon Musk.

Sumber dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, sebarang pengesahan perlu datang daripada Tesla sendiri.

Tegasnya, sebarang keputusan yang dibuat oleh syarikat multinasional tidak memberi sebarang gambaran terhadap pembaharuan yang telah dilakukan oleh MITI.

“Sila ambil perhatian bahawa laporan ini bukanlah kenyataan rasmi daripada Tesla tetapi memetik sumber yang tidak dinamakan. Pengesahan mengenai laporan itu perlu datang dari Tesla.

“Sila ambil perhatian juga bahawa ini juga mungkin keputusan komersial sebuah syarikat multinasional mengenai operasi global mereka, ia tidak mencerminkan reformasi industri dan landskap pelaburan yang lebih baik yang telah diusahakan oleh MITI dan agensinya sejak Disember 2022,” katanya menerusi kenyataan ringkas, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita dalam talian Thailand, The Nation semalam yang memetik sumber enggan dikenali dalam kerajaan itu, mengenai Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

Laporan itu turut menyatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand malah juga di peringkat dunia.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi kenyataan di platform X menjelaskan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan perkara itu.

“Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.

“Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya.

Pada Mac 2023, Tesla mengumumkan rancangan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Ia selepas MITI meluluskan permohonan Tesla untuk mengeksport Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) ke Malaysia.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi Ekonomi MADANI kukuhkan ringgit, keyakinan pelabur

PELAKSANAAN agenda reformasi menerusi kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan disiplin fiskal berjaya meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit sepanjang tahun lalu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim