Lantikan 109 ahli majlis PBT Pahang selesai bulan ini

KUANTAN – Pelantikan baki 109 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang, dimuktamadkan bulan ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, proses pelantikan ahli majlis perlu melalui beberapa proses, termasuk tapisan keselamatan calon sama ada memiliki rekod jenayah lampau dan sebagainya.

Menurutnya, ia juga perlu kepada rundingan bersama pemegang taruh bagi memastikan ahli majlis dilantik dapat berfungsi sebaiknya dan menyokong segala fungsi utama di semua 11 PBT di Pahang.

“Sebelum ahli majlis ini berkhidmat di PBT, mereka perlu menjalani kursus bagi memperkasakan lagi peranan mereka.

“Setakat ini, 194 ahli majlis telah dilantik di Pahang bagi fasa pertama,” katanya ketika menjawab soalan dikemukakan ADUN Ketari, Su Keong Siong (DAP) pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, ahli majlis dilantik perlu mainkan peranan bagi membantu meningkatkan kecemerlangan PBT dan memperkasakan lagi bandar di Pahang.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim