Laluan ke Puncak Arabella terputus akibat tanah runtuh

KUANTAN – Kira-kira 700 penduduk di apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, dekat Cameron Highlands, terputus hubungan selepas berlaku tanah runtuh di Jalan Puncak Arabella, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli memaklumkan, kejadian sekitar jam 8.30 malam itu membabitkan runtuhan tanah di lereng bukit berhampiran Blok C apartmen berkenaan.

“Sejurus menerima maklumat, pasukan Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan serta memastikan kawasan terbabit bebas daripada risiko susulan.

“Laluan utama ke apartmen berkenaan kini tidak boleh dilalui dan kerja-kerja pemantauan dibuat secara berterusan oleh agensi berkaitan termasuk Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands,” jelasnya, lapor TV3.

Tambahnya, tindakan lanjut serta bantuan awal sedang diselaras oleh agensi terlibat, manakala perkembangan seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16