Ladang sawit 150 hektar terbakar, operasi besar digembleng

PEKAN – Sebuah ladang kelapa sawit di Nenasi, terbakar sejak semalam dengan luas kebakaran meliputi kawasan 150 hektar.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran di ladang keseluruhan seluas 500 hektar itu.

“Setakat ini, kebakaran di 48 hektar kawasan telah berjaya dipadamkan.

“Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan menggunakan satu unit pam angkut dengan dua aliran sepanjang 91.4 meter yang mendapatkan sumber air terbuka,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan bantuan Unit Udara Bomba bagi mempercepat operasi pemadaman berikutan cabaran kekangan akses ke lokasi kebakaran yang menyukarkan pergerakan jentera dan anggota.

Wan Ahmad Fadillah berkata pada masa sama, pasukan bomba turut menjalankan operasi pemadaman kebakaran di ladang kelapa sawit di Kampung Jemeri, Kuala Rompin melibatkan kawasan seluas kira-kira 292 hektar yang memasuki hari kedua operasi.

“Sebanyak 6.07 hektar kawasan terbakar berjaya dipadamkan manakala operasi pemadaman di kawasan baki yang dianggarkan kira-kira 286 hektar dijalankan menggunakan satu unit pam angkut dengan hos sepanjang 182.8 meter serta dua pancutan air,” katanya.

Secara keseluruhan, beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 28 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi dan BBP Kuala Rompin bersama beberapa aset termasuk jentera Light Fire Rescue Tender, kenderaan pacuan empat roda serta lori sokongan.

“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terjejas,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka, sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa serta segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran melalui talian kecemasan 999.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat