
GEDONG – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan RM1.084 bilion untuk perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKMS) dan koperasi di Sarawak.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu memberi manfaat kepada lebih 42,000 usahawan PKMS dan koperasi di Sarawak.
“KUSKOP menyalurkan pembiayaan RM731.205 juta kepada 42,0006 usahawan pada 2023,” jelas beliau.
Tambah beliau, penyaluran tersebut disalurkan melalui tujuh agensi iaitu Bank Rakyat, SME Bank, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), SME Corp. Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sementara itu, Ewon yakin mampu menambah pembiayaan susulan kerancakan ekonomi di Sarawak.
“Saya yakin kita mampu menambah pembiayaan yang diperlukan oleh usahawan PKMS dan koperasi di Sarawak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dasar ini membolehkan KUSKOP mampu memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Sabah dan Sarawak.







