Kurikulum 2027 tekan pendidikan karakter secara terancang, bentuk jati diri pelajar

PUTRAJAYA – Program Pembentukan Karakter yang merupakan satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 dilaksana Kementerian Pendidikan (KPM) bagi melahirkan murid yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program itu anjakan strategik dalam sistem pendidikan negara bagi memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni secara menyeluruh serta berstruktur dalam kalangan murid.

“Pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran

“Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pula, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual waktu.

“Ini bagi membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang menumpukan penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Menurut KPM, inisiatif itu cerminan komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri.

Terdahulu, Fadhlina ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Khamis memaklumkan, mata pelajaran Pendidikan Karakter akan menjadi tunjang utama kepada Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal dilaksanakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, KPM ketika ini sedang membuat persiapan bagi pelaksanaan kurikulum itu yang akan dimulakan oleh pra sekolah bagi memperkasa lagi pembangunan peribadi dan sahsiah murid.

Pada masa sama, katanya, KPM akan terus memberi tumpuan kepada aspek nilai, akhlak dan peribadi yang terkandung dalam kurikulum sedia ada.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16