Kumpulan T15 dibincang sebelum dimuktamad Jemaah Menteri – Rafizi

KERAJAAN telah membincangkan secara terperinci berkaitan kaedah penyasaran semula seperti dicadangkan untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, mekanisme itu telah disepakati dengan persetujuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya.

“Orang ramai harus fahami bahawa belanjawan hanyalah pernyataan hasrat kerajaan dan belum sepenuhnya diperincikan. Oleh itu, angka yang diumumkan hanyalah anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dimuktamadkan.

“Kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar-dasar serta projek-projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan itu untuk memperincikan projek-projek untuk dilaksanakan, termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya,” katanya di laman X pada Selasa.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tiada kenaikan harga RON95 kepada golongan yang berada dalam 85 peratus terbawah dari segi kedudukan sosio-ekonomi.

“Nak mudah cakap, 85 peratus daripada kita akan terus bayar harga RON95 seperti biasa, jadi tidak timbul soal subsidi ditarik, rakyat dibebankan seperti yang diuar-uarkan.

“Bagi golongan yang berada di dalam 15 peratus teratas dari segi kedudukan sosio-ekonomi, mereka akan membayar harga pasaran.

“Maka ada yang terlebih laju dengan segera membuat kesimpulan T15 ini merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. Ini macam terlebih laju hebahkan menang perlumbaan sedangkan tak habis pun perlumbaan.

“B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data.

“Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15 peratus paling tinggi,” katanya.

Ujarnya, kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata dan faktor lain yang mempengaruhinya, termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya.

Jelas Rafizi, sudah tentu penentuan T15 ini merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.

Terdahulu, beliau berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sistem dua harga supaya golongan T15 dapat membayar kadar pasaran untuk petrol RON95 manakala yang lain mengikuti harga subsidi semasa.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri