Kucing tekan butang kunci, kurung diri dalam kereta

SANDAKAN – Detik cemas bertukar menjadi insiden mencuit hati apabila seekor kucing peliharaan dipercayai secara tidak sengaja menekan butang kunci dan mengurung dirinya di dalam sebuah kereta dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 9, di sini, pada Rabu.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan memaklumkan pemilik kenderaan jenis Perodua Axia itu baru selesai mengisi minyak sebelum menyedari pintu kereta telah terkunci dengan haiwan peliharaannya berada di dalam.

Menurut kenyataan APM menerusi hantaran Facebook berkata, pemilik berkenaan segera menghubungi talian kecemasan NG999 pada jam 8.08 pagi bagi mendapatkan bantuan.

“Pasukan APM Sandakan dikerahkan ke lokasi dan berjaya membuka pintu kenderaan dalam tempoh 29 minit sebelum kucing berwarna putih itu dibebaskan pada jam 8.37 pagi dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat