Kuching ikon bandar raya lestari, peneraju inovasi digital Sarawak – Douglas Uggah

KUCHING – Sambutan Hari Bandaraya Kuching Ke-37 berlangsung meriah pada Jumaat apabila Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mewakili Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan perasmian majlis bersejarah itu di Pangkalan Sapi, Petra Jaya, Kuching.

Dalam ucapannya, Douglas menegaskan komitmen kerajaan Sarawak untuk terus memacu pembangunan Kuching sebagai bandaraya pintar, bersatu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Beliau turut mengingatkan peranan penting pihak berkuasa tempatan, khususnya Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), dalam menyokong aspirasi Sarawak ke arah ekonomi hijau dan digital.

“Kerajaan Sarawak melancarkan pelan tindakan ekonomi digital SDE 2030 yang menjadi landasan utama kepada transformasi pembangunan negeri ke arah ekonomi berasaskan teknologi dan mampan. DBKU dan MBKS perlu bersedia melakukan perubahan, berinovasi serta menyesuaikan penyampaian perkhidmatan mengikut kehendak era digital,” katanya ketika membacakan teks ucapan Premier Sarawak.

Majlis turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, barisan menteri, ketua jabatan serta kedua-dua Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan. Sambutan kali ini bertemakan “Smart City of Unity: Embracing A Sustainable Future”, selari dengan hasrat Sarawak membangunkan bandaraya yang bersih, hijau dan lestari.

Douglas berkata, Kuching kini diiktiraf antara bandar raya terbersih di dunia, malah tersenarai dalam 10 teratas Indeks Kualiti Udara Dunia (AQI) serta diiktiraf UNESCO sebagai Bandar Gastronomi Kreatif.

Beliau turut memuji dedikasi mantan dan barisan kepimpinan DBKU dan MBKS dalam mengangkat nama Kuching di peringkat antarabangsa.

“Keupayaan DBKU dan MBKS melaksanakan transformasi bandar pintar, memperluas penggunaan teknologi dan memperkukuh ekosistem rendah karbon membuktikan Sarawak sentiasa berada di landasan tepat menuju pembangunan mampan,” ujarnya.

Majlis kali ini diserikan pelbagai program komuniti, kebudayaan dan sukan sepanjang bulan Ogos termasuk Pesta Kuching yang menjadi tradisi tahunan warga bandar raya.

Douglas turut merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja pihak berkuasa tempatan dan masyarakat atas kerjasama menjadikan Kuching sebuah bandaraya yang indah, bersih dan harmoni.

“Hari Bandaraya Kuching ke-37 adalah bukti kekuatan perpaduan dan aspirasi rakyat Sarawak. Marilah kita terus berganding bahu membina bandaraya yang lestari untuk generasi akan datang,” tambah beliau.

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter