Kritikan melalui satira bukan jenayah – AMK Sabah

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah berpendirian bahawa kritikan melalui karya seni seperti satira tidak boleh dianggap sebagai satu jenayah kerana kebebasan bersuara dijamin dalam perlembagaan.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan Sabah, Zaidi Jatil yang menyifatkan penahanan pereka grafik yang juga aktivis, Fahmi Reza oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

“Kita maklum tindakan beliau (Fahmi) mendapat respons yang berbeza daripada masyarakat, bagaimanapun jika tidak mendatangkan mudarat ataupun perpecahan dalam kalangan masyarakat, beliau sewajarnya bebas melakukan kritikan sejajar dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin dalam perlembagaan selagi beliau tidak menyentuh soal agama dan Raja yang boleh menimbulkan kekacauan dalam negara ini.

“Fahmi hanya menyuarakan pandangan dan kritikan melalui seni dan satiranya, oleh itu adakah ia boleh dianggap sebagai jenayah?” soalnya dalam kenyataan media pada Selasa.

Dalam pada itu, Zaidi yang juga Ketua AMK berpendapat penahanan Fahmi tidak selari dengan prinsip dan nilai yang diamalkan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Anwar sebelum ini menyatakan tidak bersetuju sekiranya pereka grafik berkenaan ditahan atau didakwa susulan karyanya terkait perlantikan Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau berharap agar Polis Sabah dapat membebaskan Fahmi dengan segera.

Fahmi dilaporkan ditahan polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada petang Isnin susulan lebih 30 laporan polis yang diterima berkaitan poster karikatur yang didakwa berbaur penghinaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah terbabit.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak