Krisis politik Perlis: Qunut Nazilah Pas senjata makan tuan?

QUNUT Nazilah yang dibaca penuh semangat oleh pemimpin Pas ketika Himpunan Turun Anwar kini bagaikan senjata makan tuan. Belum pun doa menumbangkan lawan termakbul, parti itu sendiri sudah koyak rabak di negeri jajahannya, Perlis.

Penganalisis politik, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, tembelang kononnya ‘Bersih dan Stabil’ Perikatan Nasional (PN) menerusi Pas dan Bersatu yang gigih lantang mengecam Kerajaan Perpaduan setiap hari akhirnya memuncak susulan krisis politik Perlis yang menyaksikan perletakan jawatan Menteri Besar negeri itu, hari ini.

Tegasnya, laungan ‘PN Best’ bersih dan stabil adalah retorik semata-mata yang sebenarnya menampakkan keretakan dalaman yang semakin menunggu belah.

“Bersih dan stabil apa, belum sampai penggal dah huru hara berebut kuasa sesama sendiri nak jadi Menteri Besar Perlis. Slogan itu hanya nak mengaburi mata rakyat sahaja. Buat malu kat orang saja.

“Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri apa yang mereka tak kata, apa yang mereka tak ratib mengecam saban hari? Tergamak baca Qunut Nazilah untuk PMX yang akhirnya makan diri. Politik mereka yang berkecamuk sekarang di Perlis. Pas dan Bersatu tikam menikam sesama sendiri.

“Mereka serang PMX siang malam. Turun anwar mereka nyanyi setiap hari. Akhirnya mereka yang pakat turun. Mereka kata tebuk atap rupanya mereka yang tebuk sesama sendiri. Inilah warna sebenar Pas, parti Islam yg suka kutuk tohmah orang lain. Kokok berderai, ekor main tahi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, senario yang berlaku di Perlis ini memberi gambaran awal apa yang akan berlaku pasca Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Apa yang berlaku di Perlis hari ini, pergolakan dalaman, isu kepimpinan yang lemah, serta polemik berkaitan integriti telah memberi isyarat jelas tentang risiko yang menanti jika mereka diberi mandat di peringkat persekutuan selepas PRU16.

“Kekacauan di negeri kecil seperti Perlis pun gagal diuruskan dengan kemas, apatah lagi untuk mentadbir negara yang jauh lebih kompleks. Ia bukan sekadar soal populariti semasa, tetapi kebolehan mentadbir, kestabilan politik, dan keutamaan rakyat yang sebenar.

“Jika Perlis dijadikan cerminan, maka rakyat wajar menilai dengan bijak sebelum membuat pilihan besar di PRU akan datang. Jangan nanti sudah terhantuk, baru tengadah,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar turut membidas cubaan Pas membuka laluan kepada tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana rakyat tidak perlu diheret untuk mengundi separuh penggal angkara parti politik Melayu yang bergaduh sesama sendiri.

“Cubaan Pas membuka laluan kepada tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) demi menyelesaikan kemelut dalaman sendiri wajar dinilai secara rasional, bukan emosional.

“Dari sudut kepentingan rakyat, ia bukan saja membazir masa dan tenaga, malah melibatkan jutaan ringgit wang awam. Lebih memalukan, punca kepada semua ini bukannya isu prinsip, dasar atau pertembungan dengan lawan politik tetapi kerana perebutan kuasa dan keengganan sesama sendiri menerima calon daripada parti yang sama.

“Tambahan pula, jika calon pengganti Menteri Besar juga dari Pas, apa logiknya PRK perlu diadakan? Ini bukan soal mandat rakyat, tetapi ego dalaman.

“Dengan PRN hanya berbaki dua tahun, apakah munasabah rakyat dipaksa turun mengundi semata-mata untuk melayan drama politik separuh penggal? Tindakan ini jelas membelakangi semangat demokrasi matang dan memperkecilkan mandat rakyat yang diberi pada PRU lalu. Politik sebegini bukan saja tidak beretika, tetapi memberi isyarat bahawa kestabilan bukan keutamaan tetapi kuasa lebih utama,” katanya.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia