Krisis minyak 1973 cetus transformasi dasar tenaga Malaysia

PETALING JAYA – Krisis tenaga global pada awal 1970-an menjadi detik penting yang mengubah pendekatan Malaysia dalam mengurus sumber minyak dan gas, sekali gus membawa kepada pembentukan dasar tenaga yang lebih tersusun dan berpusat.

Memetik laporan FMT, Ahli akademik Universiti Malaya (UM), Dr Lam Choong Wah berkata, walaupun Malaysia ketika itu merupakan pengeluar bersih minyak semasa krisis minyak pertama dunia pada 1973, negara masih belum mempunyai jaminan keselamatan tenaga dan kekal terdedah kepada ketidaktentuan pasaran global.

Beliau berkata, kajiannya menunjukkan Malaysia ketika itu menghasilkan kira-kira 95,000 tong minyak sehari, manakala penggunaan domestik sekitar 85,000 tong sehari.

Krisis tersebut tercetus susulan sekatan eksport minyak oleh Pertubuhan Negara-Negara Arab Pengeksport Petroleum (OPEC) ketika perang antara Israel dan gabungan negara Arab, sekali gus menyebabkan harga minyak meningkat empat kali ganda serta mencetuskan kemelesetan ekonomi dunia.

Lam berkata, walaupun Malaysia tidak terlibat secara langsung, kesan rantaian daripada krisis itu mendedahkan kelemahan sistem bekalan tenaga domestik

Menurutnya, kerajaan ketika itu menyedari risiko besar daripada ketidaktentuan tenaga global, namun pada masa sama melihat peluang untuk memperkukuh sektor petroleum negara.

“Dengan sumber petroleum dan gas yang kita miliki, sebagaimana dibuktikan menerusi aktiviti penerokaan yang sedang dijalankan, Malaysia berpeluang menjadikan krisis tenaga semasa sebagai pemangkin kepada pembangunan pesat industri berasaskan petroleum negara,” katanya memetik kenyataan timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Hussein Onn.

Beliau berkata, Tun Abdul Razak Hussein ketika itu turut menyatakan di Parlimen bahawa kerajaan sedang bekerjasama secara aktif dengan sektor swasta untuk merebut peluang itu.

Namun, keyakinan tersebut mula teruji apabila menjelang pertengahan 1974, Malaysia berdepan kekurangan serius bekalan diesel dan minyak tanah.

Ketika itu, Malaysia mengeksport sebahagian besar minyak mentah sendiri, namun pada masa sama mengimport minyak dari luar negara, khususnya Timur Tengah, untuk ditapis di Singapura sebelum digunakan di dalam negara.

Beliau berkata, menjelang 1975, hampir 80 peratus pengeluaran minyak negara dieksport berikutan nilai minyak mentah Malaysia yang tinggi di pasaran antarabangsa kerana kandungan sulfur yang rendah.

Walaupun menguntungkan dari sudut ekonomi, keadaan itu menyebabkan sistem bekalan domestik lebih terdedah kepada gangguan serta kekangan kapasiti penapisan.
Perubahan dasar tenaga negara.

Menurut Lam, krisis tersebut menjadi pencetus kepada perubahan besar dalam hala tuju dasar tenaga negara yang lebih tersusun dan dipimpin kerajaan.
Ia turut membawa kepada penubuhan syarikat minyak negara, Petronas pada 1974 serta perancangan tenaga jangka panjang yang lebih menyeluruh.

Katanya, krisis itu mengubah secara asas hala tuju dasar negara apabila kerajaan mula memperkukuh kawalan terhadap sumber petroleum, memperluas penerokaan serta membangunkan industri sokongan.

Perubahan ini dimuktamadkan melalui Dasar Petroleum Negara 1975 yang menetapkan beberapa objektif utama termasuk menjamin bekalan tenaga domestik, melindungi kepentingan negara, memperkukuh kawalan kerajaan terhadap industri minyak serta membangunkan industri hiliran.

Salah satu langkah penting ialah pelantikan firma Jepun, C. Itoh, untuk menyediakan pelan induk tenaga negara yang lebih komprehensif.

Pelan itu mencadangkan pengembangan penggunaan gas asli serta pembangunan industri penapisan, petrokimia dan baja sebagai asas kepada pertumbuhan sektor tenaga.

Lam berkata, pendekatan baharu itu menandakan peralihan besar ke arah pengurusan sektor tenaga yang lebih terselaras oleh kerajaan, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar.

Tambahnya, usaha ini turut membawa kepada peningkatan aktiviti penerokaan luar pesisir bagi memastikan rizab minyak dan gas negara terus mencukupi.

Akhirnya, tindak balas terhadap krisis minyak 1973 bukan sahaja menangani isu jangka pendek, tetapi menjadi asas kepada pembentukan sistem tenaga negara yang lebih stabil dan berdaya tahan hingga hari ini.

Related Posts

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KOTA KINABALU – Sabah terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan industri apabila syarikat tempatan, KTC Consolidated Berhad, memulakan pembinaan hab logistik dan gudang bernilai RM150 juta di Taman Perindustrian Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasar cip semikonduktor ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun

PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan Malaysia mampu menghasilkan cip semikonduktor berjenama ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun menerusi kerjasama strategik antara Malaysia dan Arm Limited. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

UMS terajui perbincangan risiko bencana bersepadu

UMS terajui perbincangan risiko bencana bersepadu

Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

Pensyarah kanan UMS dinobat Tokoh Jururawat Pendidikan Kebangsaan 2026

Pensyarah kanan UMS dinobat Tokoh Jururawat Pendidikan Kebangsaan 2026

Hina sahabat Rasulullah perbuatan tidak beradab, ditegah dalam Islam – Zulkifli

Hina sahabat Rasulullah perbuatan tidak beradab, ditegah dalam Islam – Zulkifli