Krisis Indonesia tidak akan merebak ke Malaysia – PMX

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pergolakan politik yang berlaku di Indonesia tidak akan memberi kesan sehingga merebak ke Malaysia, susulan situasi dalam negara adalah stabil dan terkawal.

Menurut beliau, meskipun rakyat negara jiran sedang giat melancarkan protes terhadap kerajaan, Malaysia tidak mempunyai isu yang boleh mencetuskan kebangkitan serupa.

“Dia boleh bantah, kita tidak menghalang, tapi isu apa? Elaun menteri potong, Perdana menteri tak ambil gaji. Isu itu tak terpakai. Minyak, itu pun peruntukan kepada rakyat tambah.

“Dan saya dah umumkan yang lain-lain kita boleh kembang dalam belanjawan. Tapi, negara kena aman, kerja kena kuat, ekonomi kena kembang, pelaburan kena masuk. Jangan menjejaskan perhubungan… ini yang terdekat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan berhubung bantahan rakyat Indonesia mengenai perkara tersebut selepas ditemui pada solat Jumaat di Masjid Jamek Sri Petaling.

Anwar memberitahu, tidak salah untuk rakyat mengutarakan pandangan namun, tidak wajar protes dilakukan dengan cara tertentu.

“Teguran boleh dibuat tetapi, perlulah dengan cara yang berakhlak dan bukan dengan cara memfitnah.

“Ada orang kata ini mengekang kebebasan, tak betul. Kalau macam fitnah berlaku, sokong Israel, ejen Israel (tuduh) itu semua tak boleh dibiarkan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, beliau akan menghubungi pemimpin Thailand dan Indonesia susulan pergolakan yang berlaku di kedua-dua negara berkenaan ketika ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, langkah itu akan dilakukan selepas keadaan yang berlaku di kedua-dua negara itu reda dan kembali teratur.

“Saya jumpa Presiden Prabowo Sebianto di Beijing. Dia maklum keadaan tambah baik.Kita doakan yang sebaik mungkin untuk Indonesia. Bukan sahaja dengan ASEAN, tapi dengan sahabat, keluarga.

“Begitu juga perkembangan terakhir di Thailand. Kita harap pembentukan kerajaan baru akan disegerakan (di Thailand). Saya, sebaik saja semua teratur, saya akan hubungi mereka segera mungkin,” katanya.

Indonesia kini sedang menghadapi pergolakan susulan pemberontakan rakyat, manakala, Thailand pula mengalami krisis kepimpinan berikutan tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra dipecat kerana didapati tidak berintegriti dan melanggar standard etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Related Posts

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

SRI AMAN – Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) merupakan salah satu inisiatif yang dirangka bagi memperkukuh dan meningkatkan kemajuan usahawan Bumiputera. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

SEBANYAK 107 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC). Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Putrajaya beri ‘lampu hijau’, mampukah Sanusi laksanakan?

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Inisiatif PuTERA35 mampu tingkatkan ekonomi usahawan termasuk kawasan luar bandar

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Kempen Internet Selamat: Tiada sekolah terpinggir dalam usaha lindungi generasi muda

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues Zara: Saksi dedah arwah dituduh mencuri sehari sebelum kejadian

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Inkues: Saya panggil nama Zara, pegang pipi tapi tiada respons – Saksi ke-6

Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau

  • By Fatin
  • September 12, 2025
Rumah kongsi 16 pintu, kereta dan motosikal terbakar di Tawau