KPWKM sasar 300 sekolah sertai program advokasi KASIH Kanak-Kanak

KANGAR – Program Advokasi KASIH Kanak-Kanak disasarkan untuk dilaksanakan di 300 sekolah tahun dan dengan 288 melibatkan lebih 140,000 pelajar telah dilaksanakan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program tersebut bertujuan mendidik masyarakat termasuk pelajar dan guru mengenai langkah perlindungan kanak-kanak serta mengenali hak-hak mereka.

“Program ini amat penting kerana ia memberikan kesedaran kepada semua pihak mengenai hak kanak-kanak untuk dilindungi, dibela dan berpeluang berkembang dalam persekitaran yang selamat.

“Beliau turut menegaskan bahawa isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak masih menjadi kebimbangan utama dengan 3,597 kes dilaporkan dari tahun 2018 hingga 2023.

“Lebih membimbangkan, sebanyak 65 kes dicatatkan di Perlis pada tahun ini sahaja,” ujarnya semasa berucap di Sekolah Menengah Kebangsaan Ab di sini hari ini.

Nancy menjelaskan bahawa kebanyakan pelaku adalah individu yang dikenali oleh kanak-kanak tersebut.

Sehubungan itu, penting bagi kanak-kanak untuk mengetahui bagaimana mengenali bahaya dan tahu tempat mendapatkan bantuan.

Katanya lagi, talian KASIH 15999 telah diperkenalkan sebagai saluran aduan dan bantuan segera bagi kanak-kanak yang memerlukan.

Beliau menggesa agar semua pihak bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen