KPTM serah surat tawaran sambung pengajian untuk Nur Akmawatie

KOLEJ Poly Tech MARA (KPTM) hari ini menyerahkan surat tawaran pengajian kepada Nur Akmawatie Mohd Rafi di Kampung Sat Tengah, dekat Tanah Merah, Kelantan.

Penyerahan surat tawaran itu dilakukan di kediaman pelajar berkenaan susulan kesukaran keluarga terbabit yang sebelum ini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk perbelanjaan harian.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berkongsi mengenai berita gembira di laman sosial Facebook berkata, pihak MARA tidak akan membiarkan mana-mana pelajar tidak melanjutkan pengajian hanya disebabkan masalah kewangan.

“Baru-baru ini ramai yang ‘tag’ saya di Facebook… berkongsi situasi keluarga ini yang perlu dibantu yang ayahnya lumpuh dan keluarga hanya bergantung kepada bantuan JKM yang bernilai RM750 sebulan bagi menyara 4 orang adik beradik yang masih belajar.

“Alhamdulillah, pagi ini MARA Kelantan – KPTM Kota Bharu – yang diketuai oleh Raja Izuddin Raja Ahmad, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan GiatMARA Kelantan mewakili saya melawat keluarga adik Nur Akmawatie di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, Kelantan.

“Adik Nur Akmawatie diberikan tawaran terus kursus Diploma Pengajian Awal Kanak-Kanak di KPTM Kota Bharu serta mendapat sumbangan sebuah laptop, bantuan kewangan buat pendidikan adik-beradik serta barangan keperluan asas bagi meringankan beban keluarga,” katanya.

Beliau turut memaklumkan kembar Nur Akmawatie yang juga lepasan SPM, Akmal Rizal yang asalnya dapat melanjutkan pelajaran ke Politeknik Dungun, namun dia telah mendapat perhatian dari pihak Politeknik Malaysia dan berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Bharu.

“MARA tidak akan membiarkan kemiskinan menjadi sebab untuk tidak menyambung pengajian dan MARA akan terus membantu bagi menjalankan amanah untuk memperkasakan agenda pendidikan buat Bumiputera,” tegasnya.

Related Posts

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis. Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar