KPDN tumpas sindiket jual minyak masak subsidi

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah membuat serbuan di dua premis di Taman Kajang Jaya dan Bandar Rinching, Semenyih sekali gus menumpaskan sendiket menjual minyak masak subsidi.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, serbuan dilakukan pada Selasa lalu jam 1.30 tengah hari berjaya memberkas 11 warga asing dan empat rakyat tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun ditahan selain pihaknya menemui 14,340 kg minyak masak bersubsidi pelbagai jenama bernilai RM429,850.

“Pasukan serbuan menyerbu lokasi pertama iaitu sebuah rumah kediaman yang disyaki dijadikan stor haram untuk menjalankan kegiatan memotong minyak masak peket satu kg bersubsidi sebelum dikumpulkan dan dihantar ke premis yang membeli dan menjual minyak masak terpakai di Semenyih, Selangor.

“Bekalan minyak masak bersubsidi itu dipercayai diperoleh daripada pemborong di Lembah Klang dan beberapa lokasi lain yang sedang dikenal pasti,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Armizan berkata, susulan itu, pihak berkuasa menyerbu sebuah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti menjual dan membeli minyak masak terpakai di Bandar Rinching.

Jelasnya, premis terbabit disyaki berselindung di sebalik perniagaan membeli dan menjual minyak masak terpakai dengan menjadikannya sebagai tempat pengumpulan dan pengedaran minyak masak tanpa lesen yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

“Serbuan juga menemukan beberapa peralatan lain yang digunakan untuk melakukan kegiatan haram ini seperti hos penyambung, pam bermotor, telefon bimbit dan beberapa tangki IBC.

“Pasukan serbuan bertindak menyita minyak masak terbabit termasuk peralatan yang digunakan, tiga lori, sebuah kereta mewah dan beberapa dokumen perniagaan berkaitan,” katanya.

Armizan berkata, semua suspek kini direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnyaa, siasatan awal mendapati sindiket terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dengan menjual minyak masak terpakai kepada industri yang dipercayai untuk dijadikan biodiesel.

Armizan menambah, sindiket terbabit juga dipercayai mampu mengaut keuntungan sehingga RM20,000 sehari dengan menjual minyak masak peket yang ditukarkan kepada minyak masak terpakai.

Jelasnya, KPDN sedang mengenal pasti pihak lain yang bersubahat dalam aktiviti sindiket berkenaan khususnya terbabit dalam rantaian pengedaran minyak masak itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada syarikat pembungkus (minyak masak peket) bersubahat dengan sindiket ini berdasarkan pelbagai jenama minyak masak yang ditemui dalam serbuan itu, namun kita akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya,” katanya.

Related Posts

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemilihan UMNO selepas PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO akan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini dan akan dilaksanakan selepas diadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA