KPDN Sabah rampas 206 liter minyak diesel

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah merampas 206 liter minyak diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Panglima Banting, Penampang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 31 tahun ditahan pasukan penguat kuasa KPDN Sabah, selepas pemeriksaan lanjut terdapat tangki tambahan jenis fiber berada di belakang lori kotak jenama Daihatsu Model Super Delta dipandunya yang membawa minyak diesel tersebut. 

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Pengarah KPDN Sabah, George Abas berkata, pemandu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran daripada KPDN untuk membeli serta membawa diesel yang disimpan di dalam tangki tambahan tersebut.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM30,442.90.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu diesel yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta dan bagi kesalahan berikutnya didenda tidak lebih RM3 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan melibatkan individu.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak lebih RM5 juta,” katanya.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

KUCHING – Usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan generasi muda terus diperkasa apabila Program Membaca Bersama Datuk Bandar berjaya dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik pada Khamis. Datuk Bandar Dewan Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment