KPDN Perak catat nilai rampasan RM3.57 juta sepanjang 2025

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merekodkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM3.57 juta sepanjang tahun 2025, selari dengan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas, berintegriti dan adil.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pencapaian itu melibatkan sebanyak 1,275 kes hasil pemeriksaan ke atas 124,917 premis di seluruh daerah di negeri ini.

Menurutnya, jumlah kompaun yang dikenakan turut menunjukkan peningkatan ketara apabila merekodkan RM1.12 juta berbanding RM358,200 pada tahun 2024.

“Selari dengan pendekatan penguatkuasaan yang lebih tegas, berintegriti dan adil, KPDN Perak mencatatkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM3.57 juta bagi tahun 2025.

“Jumlah kompaun yang dikenakan ke atas pemilik, pengusaha dan perniagaan yang melakukan kesalahan di bawah akta berkaitan KPDN juga meningkat berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi KPDN Perak Bersama Rakan Strategik di MH Hotel, di sini.

Dalam pada itu, Kamalludin berkata, KPDN Perak turut giat melaksanakan pelbagai program di bawah inisiatif Payung Rahmah, termasuk Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan Bazar Ramadan Rahmah, bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

“Sepanjang Januari hingga Disember 2025, sebanyak 1,876 Program Jualan Rahmah telah dilaksanakan berbanding 943 program pada tahun sebelumnya.

“Pada masa sama, jumlah jualan PJRM di Perak mencatatkan peningkatan ketara dengan nilai keseluruhan mencecah RM92.43 juta pada tahun 2025,” jelasnya.

Beliau menegaskan, peningkatan jumlah program serta penerima manfaat membuktikan keberkesanan inisiatif Payung Rahmah dalam memastikan barangan keperluan asas ditawarkan pada harga berpatutan, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000