KP JKOM buat kunjungan hormat, bincang santai bersama MB Perak

KETUA Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, pada Khamis.

Pertemuan yang berlangsung selama 45 minit itu merupakan pertemuan pertama buat KP JKOM yang mesra dengan panggilan Tok Abah setelah lebih sebulan menerajui agensi kerajaan tersebut.

Difahamkan, perbincangan santai itu menjurus kepada pemakluman keberadaan JKOM di negeri Perak selain perkongsian serta permasalahan berkaitan.

Di samping itu, Ismail turut menyampaikan ucapan sempena hari lahir Saarani pada 13 Mac.

Turut mengiringi pertemuan tersebut, Pengarah Zon Tengah JKOM, Ali Muda dan Pengarah Operasi JKOM Negeri Perak, Asmar Affandi Mazran.

Terdahulu, Ismail telah melakukan pertemuan dengan pegawai-pegawai JKOM Zon Tengah dalam sesi Taaruf di Dewan Mesyuarat Masjid Jamek Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 3, di Manjoi, Ipoh.

Pada sebelah petang, turut diadakan Program Ihya’ Ramadan, Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja peringkat Zon Tengah di lokasi sama.

Selain mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk setempat, JKOM turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf terpilih di samping meraikan majlis berbuka puasa bersama anak-anak pelajar tahfiz dan kariah masjid berkenaan.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen