Kota Marudu diisytihar banjir, penduduk terjejas dipindahkan

KOTA MARUDU – Lapan keluarga dan Penduduk Terjejas Bencana (PTB) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SMK Tandek 2, di sini, selepas kediaman mereka terjejas banjir, pada Jumaat.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Marudu dalam kenyataan memaklumkan, pasukan keselamatan digerakkan ke kawasan hotspot banjir di Kampung Beliajung bagi memantau paras air di lokasi terjejas.

“Hasil pemantauan mendapati Jalan Langkon–Pitas masih dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan kecil, manakala beberapa rumah di kampung berkenaan turut terjejas akibat hujan berterusan.

“Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi talian 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Marudu di talian 088-661 656 untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan APM, pada Jumaat.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Marudu mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana banjir kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Pengerusi JPBD merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, Meirin Sugara berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat lapangan yang diterima daripada agensi-agensi berkaitan.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda