Kor Ming akui kekhilafan, mohon maaf reaksi kasar terhadap wartawan

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada media, pada Ahad berhubung isu mempamerkan reaksinya yang dianggap kasar terhadap seorang wartawan.

Kor Ming dengan rendah hati berkata, beliau menerima segala teguran dengan hati terbuka dan tidak berniat menyinggung mana-mana pihak.

“Sekiranya ada rakan-rakan media yang terasa hati dengan kata-kata saya, saya tarik balik dan mohon maaf.

“Mereka yang mengenali saya selama 30 tahun tahu bahawa saya sentiasa menghormati kebebasan media dan hak bersuara,” katanya menerusi sidang media di Ipoh yang disiarkan di Facebook miliknya, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata,
kejadian semasa pra-pelancaran program pencahayaan ‘I Lite U’ di Bukit Bintang itu berpunca daripada salah faham, dan beliau bersedia bertemu dengan wakil media terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan secara baik.

Terdahulu, dalam insiden tersebut, wartawan Utusan Malaysia bertanyakan sebab penggunaan Bahasa Inggeris bagi tema acara berkenaan, sebelum Nga menjawab bahawa ia bertujuan menarik pelancong antarabangsa.

Namun, nada arahan beliau kepada wartawan berkenaan termasuk menyebut akan menghubungi ketua pengarang akhbar itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan warga media dan masyarakat.

Tindakan itu kemudian mencetuskan reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) yang menegaskan bahawa wartawan berhak bertanya soalan tanpa rasa takut atau diugut.

Related Posts

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

INANAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak tertentu termasuk bekas menteri supaya meneliti kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kedudukan sebenar rayuan kerajaan berhubung isu 40…

Lebih lanjut

teruskan membaca
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat
  • FatinFatin
  • November 15, 2025

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menyaksikan persaingan luar biasa apabila seramai 596 calon daripada 23 parti politik tampil membidik 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan